Thursday, February 22, 2018

Penyakit rangka-otot (slipped disc)

“..doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit ‘slipped disc’ dan perlu menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) yang dijadualkan pada minggu ini.
Malah katanya, doktor turut menasihatinya supaya tidak melakukan sebarang kerja yang berat bagi mengelakkan saraf di antara pinggang dan kakinya supaya tidak menjadi lebih teruk.” – Dibuang kerja kerana jatuh sakit
Penyakit rangka-otot ‘slipped disc‘ adalah penyakit menampakkan kesan selepas jangkamasa panjang. Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa kita menghidapinya sehingga ke tahap kritikal. Rasa sakit tidak akan terasa sekiranya cakera yang tertonjol tidak menyentuh atau menekan saraf.
Faktor risiko:
– Umur
– Obesiti
– Kerja manual (mengangkat beban berat)
– Kerja manual (menarik dan menolak beban)
– Dedahan getaran seluruh badan (whole body vibration)
– Merokok


Thursday, February 1, 2018

Halatuju program ergonomik 2018


Tahun 2017 telah melabuhkan tirai mempamerkan pelbagai isu dan kejayaan. Lembaran 2018 dibuka dengan harapan dan misi baharu untuk diselesaikan. Dimanakah halatuju ergonomik pada tahun ini? Statistik penyakit rangka-otot pekerjaan PERKESO untuk sela-tahun 2012 hingga 2014 memberi petunjuk bahawa jumlah pampasan penyakit rangka-otot adalah tinggi berbanding pampasan penyakit pekerjaan lain. Bagi menangani isu ini, pihak-pihak berkepentingan telah mencadangkan pelbagai program antaranya adalah SOHELP.

Program SOHELP dicetus oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi menangani isu keselamatan dan kesihatan tempat kerja menunjukkan prestasi positif khususnya berkaitan ergonomik industri. Penglibatan pihak JKKP bersama-sama industri mengembleng tenaga dengan pelbagai program proaktif seperti latihan, pemeriksaan tempat kerja dll. dilaksana secara sistematik. Konsep diketengahkan dalam SOHELP menerapkan pendekatan ‘Participatory ergonomics‘ melibatkan pembentukan pasukan ergonomik merangkumi ahli dari pelbagai jabatan dan peringkat dalam organisasi. Kaedah ini berbeza dengan pendekatan konvensional melibatkan faktor peruding luar untuk menilai risiko penyakit rangka-otot dan mencadangkan langkah-langkah kawalan secara keseluruhan yang pastinya melibatkan kos yang tinggi. Ini secara tidak langsung menunjukkan Participatory ergonomics (PE) memberi manfaat dari segi kos dan pengurusan kepada industri.

PE telah mula dibicarakan sejak tahun 1984 untuk menangani isu-isu penyakit rangka-otot disebabkan pekerjaan dan mula diberi perhatian sejak akhir-akhir ini. Situasi tersebut menunjukkan pendekatan akar umbi sesebuah organisasi menangani isu ergonomik sangat perlu. Beberapa kajian membuktikan PE mampu menurunkan kadar kemalangan dan kecederaan rangka-otot di kalangan pekerja.


Sebagai kesimpulan, saya menjangkakan lanskap program ergonomik 2018 akan menunjukkan perkembangan sihat dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.

Tuesday, December 5, 2017


Pingat perak untuk produk yang dipamerkan pada Intellectual research & innovation showcase 2017. Produk merangkumi proses penaksiran risiko gangguan rangka-otot pekerjaan. Kegunaan dalam bidang ergonomik dan faktor manusia.

Monday, October 30, 2017

INTERAKSI MANUSIA-PEKERJAAN


Ergonomik memberi tumpuan terhadap sekurang-kurangnya lima faktor untuk keserasian manusia dengan pekerjaan. Ia merangkumi faktor manusia, kerja, teknologi, persekitaran dan organisasi.

Faktor manusia: ciri-ciri manusia merangkumi aspek anatomi, fisiologi, kinesiologi, biomekanik, psikologi dan kognitif.

Faktor kerja: ciri-ciri pekerjaan merangkumi proses, tatacara, protokol dan prosedur.

Faktor teknologi: ciri-ciri teknologi digunapakai untuk sesuatu pekerjaan. 

Faktor persekitaran: Persekitaran mikro iaitu persekitaran tempat bekerja cthnya ruangkerja, susun atur, pencahayaan dll. Persekitaran makro iaitu alam semulajadi.

Faktor organisasi: Pengurusan organisasi meliputi arahan pihak atasan, urustadbir, hubungan majikan dan pekerja, tingkahlaku pekerja, motivasi kerja, tekanan kerja, psikososial dan psikologi organisasi.

Saturday, October 28, 2017

Faktor risiko gangguan rangka-otot

Faktor risiko gangguan rangka-otot utama:
  • Postur janggal (awkward postures)
  • Pergerakan berulang-ulang (repetitives movement)
  • Kerahan tenaga tinggi (forceful exertions)
Postur janggal
Situasi bekerja memerlukan postur dan pergerakan aktif berupaya menyebabkan gangguan rangka-otot khususnya bahagian pinggang, bahu, lengan dan kaki. Kenapa empat anggota badan tersebut? kerana bahagian tersebut merupakan anggota badan yang paling dominan ketika aktiviti kendalian manual. Postur janggal termasuklah membongkok, memulas pinggang, tangan diangkat melepasi paras bahu dan posisi pergelangan tangan tidak neutral.
Pergerakan berulang-ulang
Pergerakan berulang-ulang menyebabkan kelesuan serat otot (muscles fiber). Kelesuan tersebut boleh menyebabkan kecederaan sama ada secara langsung melalui kerosakan otot atau secara tidak langsung melalui ketidakseimbangan otot ketika bekerja ketika pergerakan kerap. Biasanya faktor pergerakan berulang-ulang berkait rapat dengan postur janggal; cthnya, memulas pinggang. Aktiviti melibatkan pergerakan berulang-ulang walaupun ringan menyebabkan kelesuan otot terkumpul setempat (accumulated local muscle fatigue). Oleh itu, menganggarkan kelesuan otot terkumpul akibat beban kerja berulang adalah perkara yang perlu diberi perhatian untuk mencegah pekerja mengalami kecederaan rangka-otot.
Kerahan tenaga tinggi
Kerahan tenaga tinggi digambarkan sebagai magnitud kekuatan dibandingkan dengan keupayaan maksimum bahagian badan tertentu mengerah tenaga. Contohnya untuk menolak objek 80 kg memerlukan kerahan tenaga sebanding dengannya. Beban 80 kg adalah beban luaran (external load) manakala kerahan tenaga yang hendak menolak beban tersebut adalah beban dalaman (internal load). Corak pergerakan tidak selamat menyebabkan beban dalaman yang tinggi pada bahagian otot dan sendi tertentu berupaya menyebabkan kecederaan misalnya tekanan pada struktur tulang belakang. Aktiviti mengangkat, menolak dan menarik beban memberi tekanan mekanikal kepada bahu dan belakang khususnya.

Tuesday, September 26, 2017

Sumbangan ilmu

Assalamualaikum wbt
Baru-baru ini kita digemparkan dengan tragedi kebakaran sekolah tahfiz di Keramat yang menyebabkan 23 orang terkorban. Kejadian menyayat hati ini mendapat liputan meluas. NIOSH misalnya mengambil tanggungjawab untuk melihat aspek keselamatan di semua sekolah termasuk maahad tahfiz di seluruh negara. “Keselamatan anak-anak dan guru perlu diberi keutamaan dan ini tugas baru untuk NIOSH untuk bersama-sama kerajaan tentukan supaya sekolah di negara ini selamat dan mematuhi piawaian keselamatan” (Berita Harian Online).
Pada saya ia suatu yang amat serius dan dikesali kerana peristiwa sesumpama ini bukan sekali terjadi melibatkan sekolah tahfiz dan agama, tetapi telah berlaku berulang kali. Insiden paling tragis pada tahun 1989 melibatkan 27 jiwa terkorban. Kemudian kes-kes kebakaran melibatkan institusi ini terus kedengaran. Apakah punca tragedi? Di manakah silapnya? Justeru, saya bersama rakan-rakan (Amir & Azam) menyahut saranan untuk turut menyumbang secara kecil terhadap maahad tahfiz.
Pertemuan pertama dengan penyelaras maahad tahfiz membincangkan skop sumbangan yang boleh diberikan. Dalam konteks ini, kami merancang untuk memberi taklimat dan latihan kepada pihak pengurusan maahad dan pelajar. Selain itu aspek audit dan pemeriksaan sekitar sekolah juga akan dilakukan untuk mengenalpasti potensi risiko kebakaran yang wujud. Khidmat nasihat dan bimbingan terhadap  keselamatan dan kesihatan diberikan secara percuma. InsyaAllah.

Monday, July 17, 2017

Informasi mengangkat beban Fuji Xerox

Sedang membelek-belek kertas untuk dicetak, terpandang info terpampang pada kotak kertas tersebut. Informasi berkenaan kendalian manual (manual handling). Anggaran berat sekotak kertas adalah 12.5 kg. Jika kita masih ingat beban ideal yang boleh diangkat oleh individu tanpa menyebabkan kecederaan adalah 23 kg (Waters, 1994). Bermaksud tiada faktor risiko beban menjauhi badan, pulasan pinggang, membongkok, keadaan pemegang yang baik dll. Dengan kata lain beban 23 kg boleh diangkat pada kedudukan buku lima (knuckles). 
Namun, sekiranya beban menjauhi badan, kedudukan semakin rendah dll., ia menyebabkan beban yang boleh dikendali semakin berkurang. Pada kedudukan kotak di lantai dan sedikit jauh dari kedudukan kaki menyebabkan individu perlu membongkok untuk mengangkat. Keadaan ini meningkatkan risiko kecederaan belakang. Carta had beban boleh diangkat menunjukkan beban selamat pada kedudukan tersebut adalah antara 5 hingga 10 kg sahaja. Beban 12.5 kg melebihi beban selamat yang boleh diangkat dengan keadaan postur sebegitu. Oleh yang demikian langkah-langkah mengangkat secara selamat perlu dilakukan. Syarikat Fuji Xerox Malaysia mensyorkan mengangkat kotak dengan keadaan lutut dibengkokkan, bukan belakang.
Maklumat bermanfaat ini sekurang-kurangnya memberi penjelasan mengenai tatacara mengangkat beban dengan selamat.