Faktor risiko gangguan rangka-otot utama:
- Postur janggal (awkward postures)
- Pergerakan berulang-ulang (repetitives movement)
- Kerahan tenaga tinggi (forceful exertions)
Postur janggal
Situasi bekerja memerlukan postur dan pergerakan aktif berupaya menyebabkan gangguan rangka-otot khususnya bahagian pinggang, bahu, lengan dan kaki. Kenapa empat anggota badan tersebut? kerana bahagian tersebut merupakan anggota badan yang paling dominan ketika aktiviti kendalian manual. Postur janggal termasuklah membongkok, memulas pinggang, tangan diangkat melepasi paras bahu dan posisi pergelangan tangan tidak neutral.
Pergerakan berulang-ulang
Pergerakan berulang-ulang menyebabkan kelesuan serat otot (muscles fiber). Kelesuan tersebut boleh menyebabkan kecederaan sama ada secara langsung melalui kerosakan otot atau secara tidak langsung melalui ketidakseimbangan otot ketika bekerja ketika pergerakan kerap. Biasanya faktor pergerakan berulang-ulang berkait rapat dengan postur janggal; cthnya, memulas pinggang. Aktiviti melibatkan pergerakan berulang-ulang walaupun ringan menyebabkan kelesuan otot terkumpul setempat (accumulated local muscle fatigue). Oleh itu, menganggarkan kelesuan otot terkumpul akibat beban kerja berulang adalah perkara yang perlu diberi perhatian untuk mencegah pekerja mengalami kecederaan rangka-otot.
Kerahan tenaga tinggi
Kerahan tenaga tinggi digambarkan sebagai magnitud kekuatan dibandingkan dengan keupayaan maksimum bahagian badan tertentu mengerah tenaga. Contohnya untuk menolak objek 80 kg memerlukan kerahan tenaga sebanding dengannya. Beban 80 kg adalah beban luaran (external load) manakala kerahan tenaga yang hendak menolak beban tersebut adalah beban dalaman (internal load). Corak pergerakan tidak selamat menyebabkan beban dalaman yang tinggi pada bahagian otot dan sendi tertentu berupaya menyebabkan kecederaan misalnya tekanan pada struktur tulang belakang. Aktiviti mengangkat, menolak dan menarik beban memberi tekanan mekanikal kepada bahu dan belakang khususnya.
No comments:
Post a Comment