Tuesday, December 27, 2016

Apakah hubungan Ergonomik dan Ekonomi? Ergonomik itu ekonomi?

Konsep ergonomik dalam ekonomi. Bagaimana kaitan kedua-dua entiti ini dikupas dalam tiga situasi keberkesanan unggul, keberkesanan dan kecekapan.

Terdapat tiga wacana ergonomik kepada ekonomi yang dicadangkan oleh Bridger (2003):
  1. Keberkesanan unggul (Efficacy)
  2. Keberkesanan (Effectiveness)
  3. Kecekapan (Efficiency)
Keberkesanan unggul bermaksud apa-apa pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan sempurna tanpa mengambil kira kekangan dari pekerja, persekitaran dan peralatan.
Manakala keberkesanan bermaksud apa-apa pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan biasa/normal.
dan kecekapan boleh ditakrifkan sebagai sebarang pekerjan yang dilakukan dengan mengambil kira faktor penjimatan sumber berbanding penggunaan.
Mudahkata:

'Keberkesanan unggul' adalah keadaan paling sempurna tanpa mengambil limitasi dan kelemahan dari sudut pekerja, peralatan dan proses kerja. Ini biasanya dijadikan penanda aras (benchmark) terhadap keadaan pekerjaan semasa.

'Keberkesanan' adalah keadaan yang mengambilkira faktor pekerja, peralatan dan proses kerja. Realistik dalam situasi sebenar tempat kerja mempunyai pelbagai variasi seperti ciri-ciri pekerja, ciri-ciri alat dan kerumitan proses kerja.

'Kecekapan' adalah keadaan di mana faktor penjimatan adalah agenda utama seperti penjimatan tenaga, gunatenaga, ruang, proses dll.

Rujukan
Bridger R. 2003. Introduction to Ergonomics. London. 3rd edition. UK. Taylor & Francis

Ukur badan (Bhgn. 2)

Antara unsur yang diambilkira dalam ukurbadan adalah ukuran pegun dan dinamik. Ukuran pegun meliputi ukuran anggota tubuh seperti panjang tangan, lebar bahu dan lain-lain. Manakala ukuran dinamik adalah kajian pelbagai fungsi dan corak pergerakan anggota badan yang meliputi pergerakan seperti radius capaian tangan dan kaki.
Untuk ukuran pegun, kaedah traditional biasa digunakan. Kaedah ini menggunakan pita pengukur atau angkup vernier untuk mengira postur badan ketika pegun. Walaubagaimanapun, kaedah terkini iatu menggunakan imbasan 3 matra (3D) adalah lebih cepat, mudah dan tepat. Pengimbas 3D boleh mendapatkan ukuran tanpa sentuhan badan, ini secara tidak langsung mempercepatkan masa dan kurang invasif (Liu dan Kennon, 2006).

Bagi ukuran postur badan dinamik, goniometer digunakan untuk membantu penyelidik untuk mendapatkan julat pergerakan anggota badan. (Zheng et al, 2007).
Antara bacaan tambahan yang boleh dirujuk:
Y.J. Wang, P.Y. Mok, Y. Li & Y.L. Kwok. 2011. Body measurements of Chinese males in dynamic postures and application. Applied Ergonomics 42:900-912.
Rujukan:
Liu, C., Kennon, R., 2006. Body scanning of dynamic posture. International Journal of Clothing Science and Technology 18(3):166-178.
Zheng, R., Yu, W., Fan, J.T. 2007. Development of a new Chinese bra sizing system based on breast anthropometric measurements. International Journal of Industrial Ergonomics 37:697-705.

Ukur badan (Antropometri)

Ukur badan badan atau antropometri merupakan perkara yang diambilkira untuk memastikan tujuan keserasian di antara manusia dan peralatan tercapai. Menurut James F.A. et. al., (1996) dalam buku Occupational Ergonomics, Theory and Application, antropometri ditakrifkan sebagai pengukuran tubuh badan manusia secara sistematik merangkumi saiz dan bentuk. Maklumat ini disimpan dan dianalisis dengan kaedah statistik bagi tujuan mengkaji pola ukurbadan sesuatu bangsa. Bidang ukurbadan manusia telah mula digunakan oleh manusia umumnya di dalam kehidupan seharian.
Bidang ukurbadan manusia berkembang dengan pesat sejajar dengan revolusi industri untuk menghasilkan sesuatu produk dengan bilangan yang besar. Menurut maklumat ukurbadan antarabangsa yang dikeluarkan oleh pertubuhan buruh antarabangsa, ILO (1990) terdapat sepuluh kelasan bangsa bagi mengkelompokkan kepelbagaian saiz badan manusia. Kelasannya seperti berikut; bangsa Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Africa, Timur Dekat, India, Asia, Selatan China, Jepun dan Australia. Kelasan ini dipecahkan lagi bagi mendapat gambaran yang lebih jitu, contohnya bangsa Asia yang dipecahkan kepada bangsa Asia yang mendiami Asia Tenggara. Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada pertubuhan buruh antarabangsa, ILO.
Maklumat ukurbadan ini dimanfaatkan oleh industri bagi tujuan merekabentuk dan merekahias alatan yang sesuai dengan penggunaan sesuatu bangsa. Matlamat utama ukurbadan adalah memastikan keselesaan pengguna apabila sesusatu peralatan itu mempunyai keserasian yang bersesuaian. Keserasian pengguna dan peralatan dapat menghasilkan keberkesanan sesuatu pekerjaan. Sebagai serampang dua matanya tahap keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin tanpa ada potensi kemalangan untuk terjadi.

Apakah Ergonomik (Bhgn. 2)

Ergonomik merupakan bidang mengkaji tingkahlaku atau perbuatan manusia. Namun begitu bagi mengkhususkan lagi takrifan ‘Ergonomik’ penulis merumuskannya seperti berikut;
“Bidang ergonomik bertujuan untuk mengkaji kemanfaatan sesuatu keadaan terhadap perbuatan manusia dalam kehidupan sehari-hari”.
Timbangtara takrifan tersebut merangkumi ruanglingkup kehidupan manusia keseluruhannya tidak terhad kepada pekerjaan semata-mata malah merangkumi perbuatan manusia sehari-hari.
Bidang ergonomik mula dibicarakan secara khusus dan tersusun pada kurun ke-16 apabila Bernardino Ramazinni (1644 – 1723) yang bergelar “Bapa Perubatan Pekerjaan” mengkaji hubungan masalah penyakit dengan pekerjaan atau penyakit pekerjaan di industri. Beliau menulis di dalam makalahnya yang bertajuk De Morbis Artificum (Penyakit-penyakit Pekerja) pada tahun 1713. Berikut merupakan petikan yang terjemahkan bahasa latin ke inggeris oleh M. De Foureau (t.th.) berdasarkan makalah berkenaan;
Yet this certain that in each City and Town, vast Numbers of Persons still earn their Bread by writing. The Diseases of Persons incident to this Craft arise from three Causes; first, constant Sitting; secondly, the perpetual Motion of the Hand in the same manner; and, thirdly, the Attention and Application of the Mind.
Now this certain that constant sitting produces Obstructions of the Viscera, especially of the Liver and Spleen, Crudities of the Stomach, a Torper of the Leggs, a languid Motion of the refluent Blood and Cacbexies. In a word, Writers are depriv’d of all the Advantages arising from moderate and salutary Exercise.
Constant writing also considerably fatigues the Hand and whole Arm, on account of the continual and almost tense Tension of the Muscles and Tendons. I knew a Man who, by perpetual writing, began first to complain of an excessive Weariness of his whole right Arm, which could be remov’d by no Medicines, and was at last Succeeded by a perfect Pally of the whole Arm. That he might sustain as little Loss as possible by the Accident, he learn’d to write with his left Hand, which was soon after seiz’d with the same Disorder.” [1]
Walaubagaimanapun perkataan “Ergonomik” mula diperkenalkan oleh ahli biologi berbangsa Polish yang bernama Wojciech Jastrzebowski (1857) di dalam makalahnya yang bertajuk Rys ergonomji czyli nauki o pracy, opartej na prawdach poczerpniętych z Nauki Przyrody (Garis panduan, sains tatacara kerja berdasarkan kebenaran yang diambil daripada sains tabii, 1857) [2]. Beliau merupakan orang pertama menggunakan perkataan ‘Ergonomik’ dalam kajiannya. Dengan merujuk penggunaan bahasa Greek Ergon yang bermaksud Kerja dan Nomos bermakud Hukum.
[1] Essai sur les Maladies de Disseus. Original translation from Latin in “De Mortis Artificum” by M. De Foureau

Ilmu asas seorang ahli ergonomik

Seorang ahli ergonomi (ergonomis) perlu memiliki ilmu pengetahuan seperti:
Anatomi dan fisiologi meliputi: antropometri (ilmu mengukur badan manusia); keupayaan fizikal, gangguan rangka-otot, kaitan umur dan keupayaan, penderiaan dan motor.
Persekitaran kerja meliputi: kebisingan, suhu sekeliling, penglihatan dan pencahayaan, getaran, rentak circadian, kelesuan fisiologi, daya-G, dan persekitaran hypoborik.
llmu saikologi, meliputi: perilaku dan pendirian, dorongan dan motivasi, tanggapan risiko, tekanan saikologi, budaya keselamatan, kerja berkumpulan, kemahiran membuat keputusan, keupayaan kognitif dan perilaku organisasi.
Orang dan sistem, termasuklah: sistem manusia-jentera,  elisiator pengetahuan dan teori sistem.
Kaedah dan peralatan, termasuklah: rekabentuk eksperimental, statistik dan teknik pengiraan dan pengukuran.

Ergonomik berbilang peringkat

  1. Ergonomik mikro (kupasan unsur-unsur fizikal)
  2. Ergonomik makro (kupasan unsur-unsur sosial)
  3. Ergonomik meso (kupasan unsur-unsur pengurusan maklumat)

Maklumat lanjut:
1) Joy Rivera-Rodriguez, A. & McGuire, K. Multi-Level Ergonomics: Determining How To Bound Your System. Proceedings of the Human Factors and Ergonomics Society Annual Meeting September, 2013, 57: 1104-1108.
2) Vedder, J., & Carey, E. 2005. A multi-level systems approach for the development of tools, equipment and work processes for the construction industry. Applied Ergonomics 36(4):471-80.

Apakah Ergonomik?

Takrifan ergonomik telah dikupas oleh ramai cendiakawan dengan pelbagai sudut pandangan yang pelbagai. Namun, secara umumnya ergonomik adalah suatu bidang ilmu yang membicarakan soal tatakerja manusia. Aspek keserasian individu pekerja dengan pekerjaan merangkumi elemen persekitaran mikro dan makro, peralatan serta jentera dan orang-orang sekeliling. 

Pertubuhan ergonomik antarabangsa (IEA) mengelaskan domain ergonomik kepada tiga cabang utama iaitu ergonomik fizikal, kognitif dan organisasi. Takrifan ini memberi perhatian menyeluruh individu pekerja dengan proses kerja. Ergonomik fizikal tertumpu kepada keperluan dan keserasian sistem badan (anatomi, fisiologi dan pergerakan) dengan pekerjaan. Ada sesetengah pendapat meletakkan aspek fizikal seperti kebisingan, pencahayaan, bau, ruangkerja sebagai elemen ergonomik persekitaran. Parsons (2000) berpendapat bahawa ergonomik persekitaran adalah sebahagian displin ergonomik yang perlu dititikberat. Manakala ergonomik kognitif berkait rapat dengan proses pemikiran, penaakulan, daya ingatan dan membuat keputusan. Seterusnya aspek pengurusan kerja yang melibatkan organisasi juga diberi perhatian dalam konsep ergonomik. Organisasi dalam konteks ergonomik juga dikenali sebagai ergonomik makro.

Mutakhir ini muncul cabang baharu ergonomik yang diberi nama ergonomik hijau memperincikan lagi peranan ergonomik dalam persekitaran. Thatcher (2013) menghuraikan panjang lebar ergonomik persekitaran sebagai hubungan dwiarah manusia dengan persekitaran merangkumi rekabentuk, penilaian dan penyelesaian ergonomik dalam memastikan aspek alam semulajadi terpelihara tanpa menjejaskan kecekapan dan prestasi manusia. 

Rujukan Parsons K.C. (2000). Environmental ergonomics: a review of principles, methods and models. Applied Ergonomics 31(6) 581–594 

Thatcher A. (2013). Green ergonomics: definition and scope. Ergonomics 56(3):389-98