Tuesday, December 27, 2016

Apakah hubungan Ergonomik dan Ekonomi? Ergonomik itu ekonomi?

Konsep ergonomik dalam ekonomi. Bagaimana kaitan kedua-dua entiti ini dikupas dalam tiga situasi keberkesanan unggul, keberkesanan dan kecekapan.

Terdapat tiga wacana ergonomik kepada ekonomi yang dicadangkan oleh Bridger (2003):
  1. Keberkesanan unggul (Efficacy)
  2. Keberkesanan (Effectiveness)
  3. Kecekapan (Efficiency)
Keberkesanan unggul bermaksud apa-apa pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan sempurna tanpa mengambil kira kekangan dari pekerja, persekitaran dan peralatan.
Manakala keberkesanan bermaksud apa-apa pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan biasa/normal.
dan kecekapan boleh ditakrifkan sebagai sebarang pekerjan yang dilakukan dengan mengambil kira faktor penjimatan sumber berbanding penggunaan.
Mudahkata:

'Keberkesanan unggul' adalah keadaan paling sempurna tanpa mengambil limitasi dan kelemahan dari sudut pekerja, peralatan dan proses kerja. Ini biasanya dijadikan penanda aras (benchmark) terhadap keadaan pekerjaan semasa.

'Keberkesanan' adalah keadaan yang mengambilkira faktor pekerja, peralatan dan proses kerja. Realistik dalam situasi sebenar tempat kerja mempunyai pelbagai variasi seperti ciri-ciri pekerja, ciri-ciri alat dan kerumitan proses kerja.

'Kecekapan' adalah keadaan di mana faktor penjimatan adalah agenda utama seperti penjimatan tenaga, gunatenaga, ruang, proses dll.

Rujukan
Bridger R. 2003. Introduction to Ergonomics. London. 3rd edition. UK. Taylor & Francis

No comments:

Post a Comment