Sunday, January 8, 2017

Ada yang berfikir ergonomik adalah beban. Tidak memberi manfaat kepada bisnes. Dengan tanggapan bahawa Ergonomik memerlukan belanjawan atau kos tinggi semata-mata memenuhi objektif penambahbaikan. Ergonomik juga digambarkan sebagai kemewahan. 
Tidak dinafikan peralatan menepati kriteria mesra pengguna agak mahal berbanding yang biasa. Tapi adakah yang mahal itu ergonomik?. Berbaloikan dari segi bisnes?

Realitinya ergonomik memberi manfaat kepada bisnes. Malah berkesan dari segi kos (cost effective). Bagaimana?
BEGINI - Kita perlu melihat ergonomik dalam mekanisme menyeluruh. Dengan kata lain, 'Pekerjaan sebagai satu sistem'. 
Penelitian dari awal hingga akhir perlu sebelum sebarang langkah penambahbaikan harus dibuat. Bukan sekadar membekalkan peralatan 'ergonomik' semata-mata tanpa mengambilkira faktor yang lebih utama. Contohnya melengkapi pejabat dengan kerusi ergonomik dengan hasrat mengurangkan gejala sakit belakang. Itu pendekatan ad-hoc dan sudah pasti kosnya juga tinggi.  
Ergonomik adalah agen penyelesaian masalah. Ia mengajak individu dlm syarikat terlibat sama menyumbang saran idea. Tidak semestinya peralatan yang mahal lebih ergonomik. Asasnya adalah bagaimana pekerja berinteraksi dengan persekitaran kerja mereka. Ini merangkumi alat, peranti, perkakas, mesin dan ruang kerja. Sia-sia saja jika sekadar mengesyorkan peralatan berteknologi tinggi tapi tidak mesra pekerja.
Sumbang saran (brainstorming)
Sesi sumbang saran meliputi pelbagai aspek pekerjaan seperti analisis tugas, penilitian proses kerja dan pengenalpastian faktor-faktor yang mengganggu. Faktor risiko terhadap pekerja diberi perhatian. Dengan cara ini, cadangan penambahbaikan kelak lebih berkesan dan realistik.

#ergonomics #ergonomik #humanfactors #faktormanusia #osh #ohs

No comments:

Post a Comment